Selepas hampir empat bulan meneliti calon bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pengendali terdahulu, Chiew Chun Yong, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) difahamkan sudah mengenal pasti pengendali dari Thailand yang bakal mengisi kerusi panas itu.
Tanpa mendedahkan siapakah jurulatih berkenaan, Pengerusi Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail, menjelaskan segala-galanya kini dalam fasa akhir perbincangan dan dijangka pengumuman rasmi diadakan pada bulan depan.
Antara nama yang hangat dikaitkan dengan skuad kebangsaan ketika ini ialah Rakhpol Sainetngam, Udom Taveesuk serta Suksan Sangsri.
Tugasan utama pengendali baru skuad negara kelak sudah semestinya kelayakan futsal Piala Asia 2024 yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan dari 7 hingga 11 Oktober depan.
Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan tuan rumah, Uzbekistan, Iraq dan Kemboja.