Skip to main content

Hoki

Faizal berehat tiga minggu

5217faizalsaari.jpg
Penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT), Faizal Saari, menyifatkan kecederaan paha dialaminya adalah yang terburuk dalam kariernya sambil bertekad mahu segera beraksi membantu skuad itu meraih kejuaraan liga buat kali keempat berturut-turut. 

“Kecederaan akan berlaku kepada mana-mana ahli sukan dan saya berazam akan kembali menyertai pasukan untuk membantu THT mengekalkan kejuaraan," katanya.

“Doktor mengesahkan saya mengalami koyakan 3 sentimeter di belakang paha kanan dan ini adalah kecederaan paling teruk yang pernah dialami dalam karier saya."

Bagaimanapun, Faizal meluahkan kelegaan kerana kecederaan itu tidak memerlukan sebarang pembedahan dan akan menjalani proses pemulihan di Institut Sukan Negara (ISN) bermula hari ini.

“Saya dinasihatkan untuk berehat selama tiga minggu dan sekiranya mahu beraksi dalam perlawanan penting, saya disarankan mengambil ubat tahan sakit.

“Saya berharap dapat kembali pulih sepenuhnya dengan segera untuk beraksi dalam separuh akhir Piala TNB,” kata penyerang berusia 26 tahun itu.
 

Advertisement

Must Watch Video