Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Ahmad Faedzal Md Ramli, dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baru, berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Dr Mohd Khairi Zawi yang memendekkan tempoh kontraknya dari Januari 2019 kepada 30 November lalu.
Pengumuman pelantikan Ahmad Faedzal itu dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam media sosial rasmi Instagram Kementeriaan Belia dan Sukan, hari ini.
Sementara itu, dalam satu sidang media, Syed Saddiq berkata pelantikan itu adalah melalui proses secara terbuka dengan sesiapa sahaja boleh menghantar permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
"Ahmad Faedzal merupakan calon terbaik dengan berpengalaman luas selama 18 tahun dalam bidang pengurusan. Beliau sebelum ini mengendalikan akaun ISN dan Majlis Sukan Negara (MSN) ketika berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi (EPU),” katanya.
Faedzal yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sukan dari Florida State University, sebelum ini merupakan Setiausaha Agung Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) dan memiliki lesen jurulatih futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahap 1.
-- BERNAMA
Imej: FB ISN