Hamilton mula melaungkan kebimbangan terhadap nasibnya bersama pasukan Ferrari apabila menyifatkan musim ini adalah musim yang menegangkan sepanjang kariernya dalam dunia F1 berdasarkan prestasi yang dicatatkan bersama pasukan itu sehingga kini yang belum mencapai sasaran yang diharapkan.
Kerisauan itu nampaknya mempunyai alasan yang kukuh memandangkan selepas mengharungi 14 pusingan perlumbaan, juara dunia 7 kali itu kini hanya mampu berada di kedudukan ke-6 keseluruhan di belakang rakan sepasukanya iaitu Charles Leclerc yang menduduki tempat ke-5.
Prestasi itu cukup jauh berbeza berbanding kemampuan dan pencapaian sebenarnya ketika masih bersama pasukan lamanya iaitu Mercedes sebelum ini yang banyak menghadirkan kejayaan.
Malah minggu lalu sudah terdengar suara daripada bekas bos Formula 1, Bernie Ecclestone yang mencadangkan agar Hamilton segera mengambil keputusan untuk bersara sepenuhnya sebelum kredibilitinya berada di tahap terburuk jika mahu dikenang sebagai legenda Formula 1.
Malah kehadiran Hamilton ke dalam pasukan Ferrari sebelum ini dilihat sebagai juara yang akan menamatkan kemarau hampir dua dekad Ferrari selaku juara bagi kategori pengeluar sejak 2008.
Namun ia nyata jauh meleset ketika ini selepas pasukan itu jauh ketinggalan dengan pesaingnya iaitu Mclaren yang kini unggul di carta teratas dengan mengumpul 559 mata.
Sedangkan Ferrari ketika ini hanya berada di kedudukan belakang Mclaren dengan 260 mata keseluruhan.
Pencapaian terbaik Hamilton pada musim 2025 ialah kedudukan ke-4 di GP Emilia-Romagna, GP Austria dan GP Great Britain.
"Pasukan ini memiliki setiap ramuan diperlukan untuk mencatat kemenangan. Ia cuma menyelaraskan kesemuanya itu semula dan berharap ia berjalan lancar dan baik tanpa sebarang tekanan." Katanya kepada media yang disiarkan di laman web rasmi Formula 1 pada Rabu.
Bagaimanapun beliau masih meletakkan harapan dan kepercayaan yang tinggi bahawa pasukanya itu akan mencapai apa yang diimpikan untuk memburu kejuaraan.