Skip to main content

Bola Sepak

Seorang lagi, bintang muda meningkat naik JDT ucap selamat tinggal

Aliff

Pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Alif Abdul Mutalib, sah mengucapkan selamat tinggal selepas tujuh tahun kepada kelab tersebut, sekali gus menjadi persoalan peminat ke manakah destinasi terbarunya selepas ini.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dalam perkembangan pada 19 Mei lalu berkata difahamkan bintang berusia 24 tahun itu akan menyertai Negeri Sembilan musim hadapan, namun belum ada kenyataan rasmi setakat ini.

Alif dalam masa sama berkongsi ucapan perpisahannya di Instagram sambil merakamkan penghargaan buat Harimau Selatan terutamanya pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Daripada hari-hari latihan hingga ke hari perlawanan, setiap detik bersama pasukan ini amat bermakna buat saya. Saya berbangga kerana berpeluang berkongsi padang bersama kalian semua," katanya.

Bekas tonggak Harimau Muda itu pernah melakukan beberapa penampilan bersama skuad utama sebelum ini.

Pemain JDT II itu antara individu membantu merangkul kejuaraan sulung saingan amatur, Liga A1 Semi-Pro baru-baru ini, dan Piala MFL musim lalu.

Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu, Arif Aiman Hanapi, turut mendoakan karier Alif Mutalib sambil meninggalkan pesan: "Percaya kepada proses, Insya-Allah."

Stadium Astro pagi tadi juga memaklumkan tentang status Heberty Fernandes yang turut meninggalkan JDT musim ini.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video