Skip to main content

Sukan Lain

Kidslympic terus perkasa ekosistem sukan kanak-kanak dengan Kidslympic Beach Games

wong

Pengaruh dan penjenamaan Kidslympic terus menjadi pelopor utama dalam memperkasakan ekosistem sukan melibatkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun menerusi pengenalan edisi pertama Kidslympic Malaysia Beach Games 2026 di Pantai Cenang, Langkawi bermula hari ini.

Selepas tiga tahun penubuhannya, langkah terbaru Kidslympic itu meluaskan lagi ekosistem pembangunan bakat sukan negara.

Usaha berkenaan dilihat sangat seiring dengan slogan rasmi mereka, "Beyond the Beach, Building Future Champions".

Pengasas Bersama Kidslympic, Wong Kang Woon, berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Tahun ini merupakan tahun istimewa untuk Kidslympic kerana kami akan mengadakan lebih banyak siri kejohanan.

"Tahun lalu, kami buat kali pertama menganjurkan Kejohanan Pickleball untuk kanak-kanak B-12 selain kejohanan ping pong B-6 dan B-8.

"Sekarang kami berada di Pantai Chenang menganjurkan Kidslympic Malaysia Beach Games 2026 dengan adanya acara sukan pantai seperti airbadminton, bola sepak pantai dan larian 2.4k kilometer, yang  100 peratus di atas permukaan Pantai Cenang.

"Acara sukan pantai seperti ini tidak pernah dianjurkan dengan skala besar dan kami berjaya melakukannya, jadi saya berharap ia akan menjadi acara tahunan di Malaysia."


 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video