Pasukan Alpine kini melakukan siasatan dalaman terhadap pemandunya, Franco Colapinto, atas insiden keenggananya untuk mematuhi arahan krew pit ketika berlangsungnya pusingan perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) yang baru berakhir pada Ahad.
Menurut Pengarah Urusan Alpine, Steve Nielsen, Colapinto memilih untuk menolak arahan pasukan itu agar dia terus mengekalkan kedudukanya di belakang rakan sepasukan, Pierre Gasly ketika perlumbaan memasuki pusingan 18.
Menurut Nielsen, seluruh pasukan itu merasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Colapinto terhadap pasukan itu sedangkan arahan tersebut dibuat untuk memastikan kelancaran tugas semua pihak termasuk pelumba.
Bagaimanapun, Colapinto menerusi rakaman audio yang disiarkan enggan dan mempertikaikan arahan tersebut dengan menyatakan bahawa Gasly ketika itu terlalu perlahan.
"Franco Colapinto boleh memilih untuk mengekalkan kedudukan dan kelajuanya seketika kerana kami mengeluarkan arahan tersebut untuk memastikan urusan isian minyak kepada kedua-dua jentera pelumba kami itu dan konsistensi meneruskan perlumbaan.
"Sebagai sebuah pasukan, setiap arahan yang dikeluarkan oleh pasukan pit adalah muktamat dan hari ini malangnya ia tidak berlaku. Jadi ia sesuatu yang mesti kami siasat secara dalaman sebelum menentukan tidakan seterusnya." Jelas kenyataan Nielsan kepada media.
Bagaimanapun, Colapinto yang ditemui sejurus selepas perlumbaan mempertahankan tindakanya itu dengan alasan bahawa kedudukan bortoleto ketika itu terlalu rapat dengan beliau.
"Saya ketika itu sedang bergelut untuk mempertahankan kedudukan dan Pierre Gasly sangat perlahan. Dia mungkin berdepan dengan isu tayar atau selainya jadi saya memintas kedudukan beliau dan ia adalah sangat sempurna selain itu ia adalah peluang terbaik yang saya miliki." Jelasnya kepada media.
Tindakan Colapinto memintas Gasly ketika itu juga hampir menyebabkan berlakunya kemalangan antara beliau dan juga Pierre Gasly.
Dapatkan LEGO Red Bull

Bawa Balik Aksi Litar Ke Rumah
LEGO Technic Red Bull memberi peluang anda merasai semangat perlumbaan, terus dari meja ke rak koleksi.
Dapatkan LEGO Red Bull