Skip to main content

Bola Sepak

Siang latih pasukan bola sepak, malam jual kuih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tart

Seorang jurulatih pasukan Liga A1 Semi-Pro melakukan dua pekerjaan dalam kehidupan seharian selain bola sepak.

Menjelang perayaan Aidilfitri, jualan kuih raya merupakan hidangan tradisional sebagai tradisi Hari Raya.

Advertisement

Ketua jurulatih Universiti Malaya (UM)-Damansara United, Ridzuan Abu Shah, menceritakan tentang permulaan kepada perniagaan kuih sehingga kini.

"Ia bermula sewaktu pandemik Covid-19 ketika penutupan sementara liga.

"Tercetusnya perniagaan tart nenas ini hampir enam tahun sehingga kini.

"Saya mempunyai tiga jenis produk iaitu tart nenas, semperit dan tart blueberry.

"Prosesnya sukar kerana agak remeh daripada menggulung, bakar dan sebagainya.

"Ia senang dijual secara dalam talian. Makanan ini berbeza pada setiap tekak yang membeli.

"Saya mendapatkan maklum balas daripada 15 orang tentang rasa dan memperbaiki tekstur sebelum diteruskan," katanya di Nadi Arena.

Ketika ini, kelab itu menduduki tempat keenam liga sambil berkongsi mata dengan Perak dan Kelantan WTS. 

Must Watch Video