Skip to main content

Sukan Lain

Elak kecederaan saat akhir

sukan-sea-kem-akhir-040817-2.jpg
Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, mengesahkan beberapa negara lain turut mengalami masalah kecederaan atlet pada saat-saat akhir dan pihaknya sedia membantu menerusi polisi pertukaran atlet mengikut syarat. 

Thailand dan Filipina adalah antara negara yang memohon membuat pertukaran atlet pada saat-saat akhir berdasarkan dua syarat. 

Ia sama seperti Malaysia yang sudah kehilangan jaguh angkat berat, Mohd Hafifi Mansor, yang digantikan dengan Muhammad Erry Hidayat.

"Pendaftaran atlet sudah ditutup pada 30 Jun lalu. 

"Namun, kami mempunyai polisi pertukaran atlet pada saat-saat akhir sekiranya seseorang atlet itu ditimpa kecederaan atau sebab-sebab tertentu yang diluluskan asalkan atlet baru itu berada dalam senarai panjang," ujar Beng Choo. 

Atlet negara dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menyertai kejohanan dan berlatih ketika ini. 

Ia susulan kecederaan yang menimpa atlet dekathlon, Muhammad Luqman Mohd Zuki, dengan Institut Sukan Negara (ISN) tidak dapat memberi jaminan mengenai peluangnya dalam Sukan SEA. 

Ketika ini, seramai 171 atlet negara sedang berlatih dan menyertai kejohanan di luar negara, termasuk juara keirin dunia, Azizulhasni Awang, dan juara dunia terjun 10 meter platform individu , Cheong Jun Hoong. 
 

Advertisement

Must Watch Video