Skuad ekuestrian negara terus cemerlang untuk menyumbang satu lagi emas menerusi kategori show jumping selepas dipaksa bergelut dalam sesi jump-off bersama Thailand dan Filipina dalam Sukan SEA Ke-29 di Pusat Ekuestrian 3Q, Rawang, hari ini.
Skuad negara yang dibarisi Qabil Ambak Mahamad Fathil, R. Neelan Jonathan, Praveen Nair Mathavan dan R. Sharmini Christina, meraih jumlah jump-off paling bersih tanpa sebarang kesilapan.
"Saya sangat bersyukur di atas pencapaian saya. Ini merupakan pingat emas yang ke-11 sepanjang beraksi dalam Sukan SEA.
"Kami menghadapi saingan yang sengit tetapi pasukan Malaysia berjaya menampilkan persembahan yang terbaik," kata Qabil.
Filipina, yang melakukan 12 kesilapan, akur dengan meraih pingat perak sementara gangsa menjadi milik Thailand (15).
"Ini merupakan persembahan yang terbaik. Saya sangat gembira dan berbangga dengan persembahan mereka," kata jurulatih pasukan negara, Syed Omar Syed Abu Bakar Al Mohdzar.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
Gambar: Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC).