Skip to main content

Sukan Asia

Ekuestrian: Qabil, Rosenstolz sedia hadapi aksi final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil.jpg
Ekuin negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil, bersedia mengalahkan kuda lawan bernilai RM15 juta dalam perebutan pingat emas acara dressage individu Sukan Asia Jakarta-Palembang selepas mengadakan sesi latihan terakhir menjelang final, esok. 

Kuda Qabil lulus ujian pemeriksaan terakhir sebelum beraksi dalam final.

Ekuin berusia 38 tahun itu menbentuk persefahaman dengan Rosenstolz sejak setahun lalu selepas meminjam kuda bernilai RM800,000 itu daripada adiknya, Quzandria Nur, sebaik tamat Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu.

Apa yang menarik, Qabil menghuni ranking teratas peringkat kelayakan pertama dan kedua, sekali gus meletakkannya sebagai ekuin pilihan dalam perebutan emas.

"Ada hari-harinya kuda akan berada di kemuncak prestasi.

"Dengan rehat sehari menjelang final, saya harap tiada kemalangan dan kecederaan.

"Saya harap semua rakyat Malaysia mendoakan saya untuk mendapatkan pingat emas pertama ekuestrian dalam Sukan Asia," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video