Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Bodo tumbangkan Inter, hatrik Sorloth pacu Atletico Madrid mara ke pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bb

Kelab gergasi Norway, Bodo/Glimt, mencipta sensasi apabila menewaskan finalis Liga Juara-Juara (UCL) edisi lalu, Inter Milan, 2-1 dalam perlawanan timbal balik pusingan kalah mati di Stadium San Siro, awal pagi tadi.

Gol daripada Jens Petter Hauge dan Hakon Evjen dalam babak kedua melengkapkan kemenangan secara agregat Bodo/Glimt 5-2 selepas kemenangan 3-1 dalam aksi pertama di laman sendiri.

Advertisement

 

 

 

 

Kemenangan itu menyaksikan Bodo/Glimt menjadi pasukan pertama dari Norway mara ke pusingan 16 terbaik UCL.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan hatrik Alexander Sorloth memacu kemaraan Atletico Madrid ke pusingan 16 terbaik selepas menewakan Club Brugge 4-1 (agregat 7-4) di laman sendiri.

 

 

 

 

 

Satu lagi jaringan Atletico hadir menerusi Johnny Cardoso, manakala gol sahu hati Brugge daripada Joel Ordonez.

Must Watch Video