Pemain skuasy negara, Ng Eain Yow, tidak mahu membandingkan pencapaian bekas juara dunia remaja lain yang menyerlah di peringkat senior walaupun dia juga mempunyai reputasi yang sama.
Eain Yow melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain kedua negara selepas Ong Beng Hee untuk bergelar juara remaja dunia pada 2016.
Begitupun, sejak dia bergelar pemain senior dua tahun lalu, dia masih lagi belum mendapat rentak, khususnya dalam pertandingan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Ia berbeza dengan beberapa pemain dari Mesir yang pernah bergelar juara remaja dunia, antaranya gandingan adik-beradik Mohamed dan Marwan El-Shorbagy.
Bagaimanapun, Eain Yow tetap percaya dia masih berada di landasan tepat untuk mencapai tahap yang diidamkan.
"Saya berada di landasan terbaik untuk berada dalam kelompok 40 terbaik dunia. Saya berharap untuk terus berlatih dan meraih keputusan yang positif," katanya.
Beberapa kejohanan menjadi tumpuan Eain Yow dalam tempoh beberapa bulan ini, antaranya Kejohanan Dunia PSA di Toronto, Kanada yang bermula 23 Februari ini di samping Kejohanan Asia yang dijadualkan pada Mei dengan Malaysia menjadi tuan rumah.
Bakal berpisah dengan ketua jurulatih, Peter Genever, yang tamat tugas hujung bulan ini, Eain Yow percaya dia akan terus mendapat bantuan pengendali itu jika diberikan peluang.
"Kami masih lagi mengikut program yang sama yang ditetapkan kepada kami walaupun Genever tidak lagi bersama skuad negara," katanya.