Tarikh 9 Februari ini bakal menjadi penentu buat pemain ragbi profesional negara, K. Dineshwaran, sama ada mempunyai peluang untuk pulih sepenuhnya bagi membantu skuad 15
sepasukan kebangsaan menghadapi Kejohanan Ragbi Asia Premier.
Dineshwaran atau lebih dikenali dengan gelaran Dugro merupakan antara pemain berpengalaman dalam skuad ragbi negara.
Namun, pembabitannya dalam Kejohanan Asia Premier, hujung April nanti masih lagi menjadi tanda tanya selepas dia mengalami kecederaan patah tangan ketika mewakili kelabnya, Yamaha Jubilo, dalam saingan Liga Profesional Jepun, Disember lalu.
Pada awalnya, dia dijangka tersisih selama enam bulan, namun menerusi program pemulihan bersama Institut Sukan Negara (ISN), tempoh itu berkemungkinan lebih singkat.
"Setakat ini, saya telah mula menjalani pemulihan bersama ISN dan berharap saya dapat segera pulih," katanya.
Sementara itu, Dineshwaran turut berharap Stadium Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur dapat menjadi gelanggang keramat buat skuad negara untuk menghadapi saingan itu nanti.
Buat julung kali, venue berkenaan akan menganjurkan perlawanan ragbi dan Jumaat lalu skuad negara diberikan peluang untuk menjalani sesi latihan sulung untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang.
"Saya agak cemburu kerana melihat skuad ragbi negara berlatih di Stadium Nasional dan mahu menyertai mereka. Beraksi dalam stadium ini adalah satu kebanggaan buat setiap atlet negara."