Skip to main content

Tenis

Deedat juarai Kejohanan Tenis Kebangsaan 2017

5217deedat.jpg
Perlawanan akhir perseorangan lelaki Sirkit Pertama, Kejohanan Tenis Kebangsaan 2017 tidak menampilkan sebarang kejutan apabila pemain pilihan, Ahmad Deedat Abdul Razak, muncul juara selepas menewaskan Assri Merzuki, 7-6, 6-1, di Kompleks Sukan MBPJ, Kelana Jaya, hari ini.

Aksi sengit set pertama menyaksikan tie break menjadi pemisah dengan kelebihan memihak Deedat yang unggul 7-6.

Usaha keras dalam set kedua, bagaimanapun, memberi kesan kepada Assri apabila mengalami kekejangan otot sekalipun dia tetap meneruskan perlawanan.

Kecederaan Assri nyata memudahkan kerja Deedat untuk memenangi set itu 6-1.

"Daripada saya berputus asa seperti itu, baik saya habiskan perlawanan dan saya mempunyai rasa hormat kepada lawan saya. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Deedat kerana dia bermain bagus hari ini.

"Bagi saya, walaupun mengalami kecederaan, selagi saya boleh berdiri atau selagi boleh menghabiskan perlawanan, saya akan habiskan," katanya. 

Sementara itu, Deedat mengharapkan kejayaan itu dapat diteruskan dalam tahun ini, khususnya dalam menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos nanti.

"Ia adalah permulaan yang baik untuk tahun ini. Ia adalah kejohanan pertama saya tahun ini," katanya.

Perseorangan lelaki

Ahmad Deedat Abdul Razak mn Assri Merzuki 7-6, 6-1.

Perseorangan wanita

Theiviya Selvarajoo mn Suhana Sofia 6-3, 6-3.

Beregu lelaki

Assri Merzuki/Syed Mohamad mn Aiman Hamdan/Justin Liew Kah Seng 6-3, 6-2.

Beregu wanita

Syarifah Elysia/Suhana Sofia mn Nor Aida/Haarini Balakrishnan 6-2, 6-2.
 

Advertisement

Must Watch Video