Skip to main content

Hoki

Deavin, Hertzberger mulakan latihan bersama UniKL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dolf.jpg
Pemain import, Tim Deavin dan Jeroen Dolf Hertzberger, sudah mula menyertai sesi latihan skuad hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menjelang aksi sulung Liga Perdana menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB), esok. 

Ketibaan Deavin dan Hertzberger dilihat melengkapkan kekuatan The Young Guns untuk mencabar Liga Hoki Malaysia musim 2018 kerana kedua-dua pemain itu memiliki reputasi besar bersama pasukan kebangsaan masing-masing.

Deavin menjadi sebahagian daripada skuad Australia ketika menjulang Piala Dunia 2014 sementara Hertzberger adalah tonggak utama skuad Belanda ketika meraih tempat keempat Sukan Olimpik Rio 2016.

Justeru, kehadiran mereka menjadi penyuntik semangat untuk merangkul kemenangan sulung berdepan TNB, esok.

"Saya rasa kami memiliki pasukan yang bagus dan dibarisi oleh ramai pemain muda tempatan yang bagus.

"Peluang agak cerah kali ini dengan kekuatan tambahan daripada pemain-pemain import yang lain," kata Deavin.

"Apa yang paling penting buat kami adalah mula memperagakan aksi terbaik dan kita akan ketahuinya dalam liga.

"Pemain-pemain tidak perlu memikirkan kejuaraan, sebaliknya perlu fokus terhadap aksi pertama," tambah Hertzberger.

UniKL turut dibarisi empat lagi pemain import berkualiti, terutama penjaga gol terbaik dunia, David Harte.

Bagaimanapun, mereka tewas di tangan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dalam saingan separuh akhir Piala Tan Sri P. Alagendara sebelum skuad gergasi itu muncul juara.

Advertisement

Must Watch Video