Anthony Davis berkata Los Angeles Lakers dapat membalas dendam dengan kemenangan 96-95 ke atas Boston Celtics dalam saingan NBA sebentar tadi.
Davis meraih double-double dengan 27 mata dan 14 rebound ketika Lakers bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut.
Lakers kelihatan tidak melupakan apa yang berlaku di TD Garden, di mana mereka tewas Celtics 139-107 Januari tahun lalu.
Davisberkata ketika Lakers (15-6) mahu kembali meraih kemenangan, mereka juga berniat untuk membalas dendam ke atas lawannya itu.
"Kami hanya mahu kembali meraih kemenangan. Kami pasukan yang berbangga kerana tidak kalah dan dua kekalahan sebelum ini memastikan kami tidak mahu ia menjadi kekalahan buat kali ketiga berturut-turut," katanya.
"Kami dapat membalas dendam. Mereka mengatasi kami dengan kelebihan 30 mata dan ia mengingatkan kami kepada perlawanan tersebut.
"Tetapi kami hanya mahu menjadi pasukan yang tidak mahu selesa dengan kekalahan dan saya berasakan semua orang mempunyai usaha yang hebat dan kami dapat memperoleh kemenangan."

Ws are even better in Boston. #LakersWin @KingJames x #NBAAllStar pic.twitter.com/Qm6Iw5775P
— Los Angeles Lakers (@Lakers) January 31, 2021