Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Zaqhwan kembali perkuat Yuzy Racing

cp.jpg
Setelah melalui kempen mengecewakan sepanjang musim lalu, pasukan Yuzy Racing akan mendapat semula sentuhan bekas juara, Zaqhwan Zaidi, untuk membantu pasukan itu meningkatkan cabaran dalam Cub Prix 2019, bermula bulan depan.

Zaqhwan terlepas kalendar perlumbaan Cub Prix musim lalu selepas memberikan tumpuan kepada saingan Kejuaraan Seluruh Jepun Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Bagaimanapun, pemilik pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, mengesahkan juara musim 2014 itu akan kembali bersama pasukannya untuk bersaing dalam kategori perdana, CP150.

Khidmat Zaqhwan ditagih pasukan itu memandangkan pasukan tersebut hanya menamatkan saingan keseluruhan di tangga tercorot musim lalu.

"Zaqhwan merupakan salah seorang pelumba terbaik yang kami lahirkan. Apabila dia kembali kepada kami, ia menjadi peluru untuk bersaing dalam saingan 2019.

"Saya rasa Zaqhwan, Azroy Hakeem Anuar dan Harith Farhan boleh membentuk kerjasama satu pasukan yang cukup baik," katanya.

Dalam masa yang sama, Shahrol Yuzy turut berbangga Malaysia mampu untuk menghantar pasukan untuk bersaing dalam kategori perdana MotoGP menerusi pasukan Petronas Yamaha SRT.

Selepas 22 tahun, ia merupakan kali pertama Malaysia mempunyai pasukan dalam kategori itu sejak tahun 1997.

Shahrol Yuzy turut berbangga kerana selepas 22 tahun, Malaysia mampu untuk menghantar sebuah pasukan bersaing dalam MotoGP menerusi Petronas Yamaha Racing.

Pertama kali Malaysia melakukan kerjasama dalam saingan perdana kejuaraan itu adalah pada tahun 1997 menerusi pasukan KR3 yang pernah mendapatkan kepakaran teknikal menerusi Modenas dan Proton.

"Dulu, kami ada KR3 yang digelar Kenny Roberts Jr. Ia adalah pasukan yang telah ditaja sebuah syarikat dari Malaysia, iaitu Modenas. Jadi, mungkin dalam masa sama mereka berkolaborasi berkenaan enjin atau mekanikal dan sebagainya. Kalau diikutkan, ia dimiliki oleh Amerika Syarikat."

Advertisement

Must Watch Video