CUB PRIX
Cub Prix: Iqram Danish tabah hadapi ujian litar pintas
2 Jun 2025 menjadi tarikh pilu buat pelumba Wira KBS Pasukan MBI Selangor EXN AXLA, Ahmad Iqram Danish, yang terpaksa menelan keperitan kediamannya musnah terbakar akibat litar pintas.
Bagaimanapun, ia tidak melemahkan semangat pelumba berusia 17 tahun itu untuk menyasarkan podium tengah bagi menghadapi saingan di Litar LYL International Karting Circuit, Monkeys Canopy pada 14 dan 15 Jun ini.
Biarpun berdepan dengan musibah tersebut, tahap mental Iqram tetap tidak terganggu malah bersedia sepenuhnya untuk saingan hujung minggu ini.
Iklan
"Kami menyasarkan kemenangan selepas banyak memberi maklum balas mengenai jentera.
"Walaupun kami merupakan pasukan baru tapi kami banyak meningkat daripada segi pelarasan motosikal," katanya.
Bapanya pula redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi dan memberi dorongan penuh untuk anaknya membuktikan yang terbaik dalam saingan hujung minggu ini.
"Saya harap masih ada pihak yang sudi membantu.
"Terima kasih atas bantu NGO yang datang.
"Apa pun saya tetap fokus kepada karier Iqram," kata bapanya, Ahmad Ghazali.
Iqram menamatkan saingan di tempat ke-10 dalam pusingan pertama dan gagal menghabiskan perlumbaan dalam pusingan kedua yang menyaksikan dia kini berada di kedudukan ke-14 keseluruhan saingan Wira KBS dengan enam mata.
Bagi merealisasikan impian pelumba Terengganu berusia 17 tahun itu, dana besar perlu disediakan dan mengikut syarat yang ditetapkan oleh penganjur pendaftaran perlu diselesaikan 90 hari menuju Grand Prix (GP) Malaysia yang bakal berlangsung pada 24-26 Oktober depan.
Must-Watch Video