CUB PRIX
Cub Prix: Gandingan ayah-anak tulang belakang Brothers 7 Tech Racing
Pasukan Brothers 7 Tech Racing kekal mempertaruhkan gandingan anak dan ayah, Luthfi Shah serta Narizman Madin, untuk menggegar dan mendominasi saingan CP125 dalam musim ke-32 Kejuaraan Cub Prix 2025.
Selaku pelumba harapan pasukan untuk menaiki podium, Luthfi bersemangat membara -— sehangat deruman ekzos motosikal dalam misi membalas kepercayaan yang diletakkan terhadap dirinya.
Pelumba berusia 19 tahun itu bakal mewarnai saingan Cub Prix untuk musim keempatnya dan menjadikan kisah juara dunia MotoGP, Marc Marquez sebagai aspirasi untuk berjaya dalam sukan permotoran.
Iklan
Perjalanan kisah hidupnya dan Marquez memiliki persamaan; iaitu mendapat sokongan jitu daripada sang ayah, yang menjadi penyokong nombor satu kariernya.
"Nilai yang dilaburkan bukan sikit, dari awal pembabitan kami lagi jadi saya mahu membalas budi ayah saya.
"Saya sukakan Marc Marquez yang mempunyai tunggangan yang agresif dan lancar," katanya Luthfi.
Narizman yang meletakkan bajet sebanyak RM400,000 dalam edisi 2025 pula berkata: "Dulu saya berlumba dalam serba kekurangan dan setakat berlumba gitu-gitu sahajalah di Litar Batu Tiga, Shah Alam.
"Insya-Allah saya berkemampuan untuk membawa anak dan pelumba lain lagi lebih jauh lagi."
Must-Watch Video