Skip to main content

Tenis

Clijsters anggap Kerber sebagai pilihan juarai Terbuka AS

25817angeliquekerbercropped.jpg
Kim Clijsters percaya Angelique Kerber mampu mengetepikan musim yang hambar ini dengan menjuarai gelaran Terbuka Amerika Syarikat.

Kerber, yang gagal mencari sentuhan terbaik sejak merangkul gelaran di Flushing Meadows tahun lalu, jatuh ke ranking keenam selepas gagal meraih sebarang gelaran pada musim 2017.

Pemain tenis dari Jerman iu telah memenangi dua gelaran utama tahun lalu tetapi gagal meneruskan rentak cemerlangnya selepas gagal melepasi pusingan keempat grand slam musim ini, namun Clijsters percaya Kerber masih lagi dianggap  pemain pilihan di New York.

Juara Terbuka AS tiga kali, Clijsters, memberitahu  Omnisport, "Tiada pemain yang tidak mahu menjuarai Terbuka AS. Saya percaya Kerber mampu mempertahankan gelaran yang dimenanginya tahun lalu. 

"Serena Williams masih lagi tidak beraksi bagi musim ini. Terbuka AS akan menjadi seperti Wimbledon buat musim ini -- ramai pemain yang percaya bahawa peluang untuk dinobat sebagai juara bersifat terbuka."

Advertisement

Must Watch Video