Caroline Chan mengambil keputusan drastik untuk meninggalkan skuad renang negara kerana bimbang tidak mampu menggalas misi layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 ekoran terikat dengan tugas sebagai juruaudit dan pelajar.
Caroline muncul perenang wanita negara dalam Sukan Asia Indonesia tahun lalu.
Dia merupakan pemegang rekod 50 meter kuak lentang kebangsaan dengan masa 29.51 saat yang dilakukannya pada 2016 selain jaguh utama negara dalam 100m disiplin sama.
Bagaimanapun, perenang berusia 24 tahun itu terpaksa membuat keputusan penting dalam hidupnya.
"Saya ingin menumpukan perhatian untuk menghabiskan pelajaran kerana selain daripada itu, saya juga bekerja," katanya.
Jurulatih sementara renang negara, Jeffrey Ho Chiah Liang, bagaimanapun bersikap terbuka terhadap keputusan anak buahnya itu.
Ketiadaan Caroline menyaksikan perenang wanita yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Phee Jinq En, menjadi taruhan utama untuk melepasi had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Hanya Jinq En yang dilihat berpeluang cerah untuk layak ke Sukan Olimpik kerana perenang-perenang lain masih muda.
"Jurang di antara mereka agak jauh. Oleh itu, saya berharap mereka mampu memperbaiki aspek itu," kata Jeffrey.
Menurut perenang negara, Goh Chia Tong: "Walaupun masih muda, saya akan cuba berikan yang terbaik demi Malaysia."