Skip to main content

Sukan SEA

Boling Padang: Wanita tiga sepasukan hadiahkan emas

boling-padang-triples-wanita-250817.jpeg
Skuad boling padang tiga sepasukan wanita negara menjejaki kejayaan pasukan lelaki pagi tadi apabila meraih pingat emas temasya KL2017 dalam aksi final di Pusat Boling Padang Kebangsaan, Bukit Kiara, hari ini. 

Trio Azlina Arshad, Zurani Khalid dan Noorazlinda Zakaria mengecewakan Filipina dengan kemenangan 19-11 manakala gangsa milik Brunei. 

Azlina menyifatkan detik manis hari ini selepas kejayaan edisi 2005 dan 2007 sebagai hadiah hari lahir terbaik buat dirinya.

Berdepan juara dunia 2016 itu, trio negara bermula perlahan apabila terlebih dahulu ketinggalan. 

Bagaimanapun, mereka bangkit pada end kesembilan untuk mengikat kedudukan 9-9 sebelum aksi konsisten mereka berjaya memastikan kemenangan dalam end ke-17. 

"Ini merupakan satu kemenangan yang sangat bermakna, emas yang diraih dianggap sebagai hadiah hari jadi (ke-37) saya esok," katanya.

Zuraini dan Noorazlinda pula menganggap sikap tidak mudah menyerah kalah menyumbang kepada emas mereka. 

"Saya agak gementar pada awal permainan tetapi akhirnya berjaya meraih emas," ujar Zuraini. 

 Norazlinda pula berkata: "Perasaan yang sukar untuk digambarkan. 

"Kami telah ketinggalan di awal permainan, namun akhirnya mempamerkan persembahan yang cemerlang sebelum memenangi aksi final."

Persatuan Boling Padang Malaysia (PLBM) menetapkan sasaran empat emas dengan tiga daripadanya dijangka hadir menerusi kategori wanita. 

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
 

Advertisement

Must Watch Video