Skip to main content

Sukan SEA

Boling padang: Sufian kecewa terlepas emas

sufian-said.jpg
Pemain boling padang berpngalaman negara, Safuan Said, tidak menyembunyikan kekecewaannya apabila gagal membantu pasukan negara meraih emas dalam acara empat sepasukan lelaki apabila tewas 16-14 kepada Filipina selepas 18 end.

Selaku pemain paling berpengalaman, Safuan mengakui menyasarkan pingat emas dalam temasya kali ini.

Malangnya, gandingan Safuan, Daeng Dhardy Dhasry, Izzat Shamer Dzulkifli dan Zulhilmie Redzuan gagal membendung gandingan Filipina.

"Saya agak kecewa kerana sasaran saya adalah mendapatkan pingat emas. Filipina merupakan lawan yang berpengalaman," kata Safuan.

Selepas end ke 13, gandingan negara tampak bergelut melakukan balingan sempurna tatkala lawan tampil dengan aksi konsisten.

Walaupun skuad negara cuba melakar kebangkitan di hujung perlawanan, namun ia belum cukup untuk mengekang kemaraan Filipina.

"Kebolehan mereka untuk mempamerkan aksi yang cemerlang pada saat genting merupakan pemisah," tambah Sufian.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
 

Advertisement

Must Watch Video