Skip to main content

Sukan Lain

Boling Padang Dunia: Harapan dua wakil lebur dalam separuh akhir

boling-padang-gold-oast-2023.jpg
Perjalanan Izzat Shameer dan Alyani Jamil, dalam Kejohanan Boling Padang Dunia terhenti di peringkat separuh akhir hari ini selepas masing-masing tumbang kepada lawan dari Guernsey dan Wales.

Izzat terpaksa akur gagal menandingi kehebatan Daniel Salmon yang menjuarai kategori lelaki.

Alyani turut menimpa nasib sama apabila tewas dalam pertarungan tiga set di tangan pemilik pingat perak Sukan Komanwel Birmingham, Lucy Beere.

Bagi ketua jurulatih negara, Zuraidi Puteh, biarpun hajat anak buahnya untuk warna pingat tidak menjadi kenyataan, beliau tetap bangga dengan prestasi skuad boling padang negara yang telah berkampung di Gold Coast hampir sebulan bagi Kejohanan Dunia dan Juara Antara Juara Dunia.


"Kami menduduki tempat ketiga untuk membawa pulang pingat gangsa.

"Beberapa kelemahan sudah dikenal pasti dan akan diperbaiki apabla kami pulang ke Malaysia.

"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberi sokongan terutama pada sambutan Hari Malaysia," kata Zuraidi. 
 

Advertisement

Must Watch Video