Skuad boling negara melakar kejayaan pingat emas dan perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara campuran berpasukan di Sunway Megalanes, sebentar tadi.
Pemenang pingat emas individu lelaki, Rafiq Ismail, menambah koleksi kilauan emas ketika bergandingan dengan Sin Li Jane apabila berjaya melakukan 2,816 jatuhan pin, meninggalkan satu lagi pasangan Malaysia, Alex Liew-Shalin Zulkifli (2,803 jatuhan pin), yang meraih perak.
Wakil dari Thailand, Annop Arromsaranon dan Yanee Saebe, sekadar merangkul pingat gangsa selepas melakukan 2,769 jatuhan pin.
"Apabila saya melihat catatan mata mereka yang amat tinggi, saya memberitahu diri sendiri agar tidak panik. Saya kekal dengan perancangan yang telah ditetapkan," kata Rafiq.
"Jadi, saya dan Jane serta jurulatih berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi.
Li Jane mendedahkan kepercayaan yang dimiliki oleh dirinya dan Rafiq telah dipamerkan dengan jatuhan pin yang telah berjaya dilakukan sebelum memenangi pingat emas.
"Sebenar Rafiq merupakan pembaling kidal manakala saya menggunakan tangan kanan. Bagi saya, tangan kiri lebih mudah," kata Li Jane.
"Oleh itu, kalau saya tidak boleh melakukan strike dan hanya boleh spare sahaja, jadi saya menyerahkan tugas strike kepada Rafiq.
"Kami saling mempercayai kemampuan masing-masing, ia telah membina keyakinan untuk kami bermain dengan baik."
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Rafiq menyatakan mengikut perancangan telah ditetapkan adalah antara kunci kemenangan dalam aksi final.Bowling | Mixed Doubles: ?Rafiq I. & Sin Li Jane #MAS?? (2816), ?Alex L. & Shalin Z. #MAS?? (2803) & ? Annop A. & Yanee S. #THA?? (2769) pic.twitter.com/HLl7aWtIbr
— Kuala Lumpur 2017 (@KL2017) August 22, 2017