Ketua jurulatih skuad bola sepak B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, memuji usaha keras N. Thanabalan yang menunjangi kemenangan 3-1 ke atas Myanmar untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
"Dia mempunyai naluri penyudah dan kerajinannya bukanlah satu naluri.
"Anda dapat lihat sepanjang 96 atau 100 minit perlawanan, dia berlari tanpa henti.
"Itu adalah kelebihan buat saya jika dia terus melakukannya kerana ia merupakan ancaman terhadap pasukan yang akan kami hadapi," ujarnya.
Dalam pertemuan malam tadi, Thanabalan menggamatkan Stadium Shah Alam dengan menjaringkan gol pembukaan sebelum satu lagi gol menyusul dua minit kemudian menerusi tandukan rakan penyerang, Safawi Rasid.
Gol ketiga skuad negara tiba pada minit ke-82 apabila hantaran lintang Jafri Fridaus Chew disudahkan menerusi larian bertenaga Thanabalan untuk menanduk masuk -- gol ketiganya dalam temasya ini.
Bagaimanapun, gawang negara dibolosi akibat kesilapan pertahanan, Adib Zainuddin, melakukan hantaran ke belakang yang lemah sehingga dihukum Than Paing.
Mengulas mengenai kesilapan Adib yang juga kapten skuad muda negara, Kim Swee berkata: "Semua orang melakukan kesilapan, sudah tentu tidak bagus dibolosi tetapi saya berasakan dia tidak berniat melakukannya.
"Ia terjadi, oleh itu dia harus belajar tetapi bukan sahaja dia, pemain yang menghantar bola kepadanya juga berperanan memastikan tindakan itu selamat dilakukan."
Sementara itu, jurulatih Myanmar, Gerd Zeise, mengakui kecewa dengan aksi anak buahnya, terutama pada babak pertama yang disifatkannya sebagai persembahan yang memalukan.
"Aksi separuh masa pertama sangat memalukan, memalukan untuk diperagakan kepada penonton.
"Bagi saya, ia memalukan saya ... ia satu bencana."
Kredit imej: Football Association of Malaysia (Official)
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.