"Tutup ruang," itu gesaan penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Haziq Nadzli, kepada rakan di bahagian pertahanan agar kesilapan sama tidak berulang dalam ujian sebenar menentang Myanmar di Stadium Shah Alam, esok.
Haziq menggalas tugas benteng akhir negara ketika perlawanan kedua menentang Singapura, Rabu lalu.
Dia, bagaimanapun, gagal memastikan gawangnya tidak dibolosi apabila lawan memanfaatkan kealpaan benteng pertahanan untuk meraih jaringan.
Menyedari corak permainan pantas bakal dijelmakan Myanmar, Haziq menegaskan mereka tidak boleh melakukan kesilapan mudah jika mahu melunaskan misi mengutip tiga mata.
"Tidak kira sama ada saya atau Ifwat Akmal (Che Kassim) yang akan diturunkan, kami akan mengingatkan barisan pertahanan agar sentiasa fokus sepanjang permainan," kata nya.
Haziq sekali lagi dijangka bertindak selaku penjaga gol utama negara ketika seorang lagi penjaga gol, Ifwat Akmal, turut menunjukkan prestasi memuaskan.
Menganggapnya satu penghormatan buat dirinya, penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) ini bertekad membalas kepercayaan pengendali, Datuk Ong Kim Swee, menerusi aksi lebih tangkas berdepan Myanmar.
"Seluruh pasukan perlu bersedia 100 peratus dalam pertemuan ini. Tidak kira siapa yang akan diturunkan, semua pemain perlu berikan yang terbaik," tambah Haziq.