Pemain berdarah Amerika Syarikat, Tyler Lamb, ternyata sukar untuk ditangani skuad bola keranjang lelaki negara yang terpaksa akur dengan kekalahan 75-90 dalam aksi Kumpulan A di Stadium MABA, hari ini.
Malaysia turun dengan misi memburu kemenangan kedua selepas menewaskan Myanmar 95-42, semalam.
Bagaimanapun, skuad negara bergelut menangani serangan Thailand yang sering dimulakan oleh Lamb.
Lamb -- pemain import bagi kelab Hong Kong Eastern yang bersaing dalam Liga Bola Keranjang Asia (ABL) -- ternyata sukar dikekang apabila dia menyumbang 36 mata buat Thailand.
Ini bukan kali pertama Thailand menggunakan khidmat pemain luar apabila membawa masuk Moses Morgan -- seorang pemain kelahiran Amerika Syarikat -- dalam satu kejohanan di Hong Kong, tahun lalu.
Lim Perry Lee muncul penjaring terbanyak buat skuad negara apabila menyumbangkan 17 mata, diikuti Ting Chun Hong (14 mata) dan Kuek Tian Yuan (12 mata).
Malaysia kini berdepan tugas getir apabila perlu melakar kemenangan ke atas pemegang pingat emas, Filipina, Rabu ini, seandainya mahu mencerahkan peluang mara ke peringkat kalah mati.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.