Skip to main content

Bola Keranjang

Bintang sekolah menengah, LaMelo, kutip 92 mata

lamelo-ball.jpg

Bintang bola keranjang peringkat sekolah menengah, LaMelo Ball, melakar kejutan dalam arena sukan itu apabila mengutip 92 mata dalam satu perlawanan pada Selasa.

Pemain berusia 15 tahun itu melakukan pencapaian tersebut ketika membantu Chino Hills High School mengatasi Los Osos 146-123.

Adik kepada bintang UCLA, Lonzo Ball itu, yang turut dijangka menjadi antara lima pilihan terbaik di Draft NBA 2017, mengutip 41 mata dalam suku terakhir perlawanan.

LaMelo merekodkan 37 jaringan daripada 61 percubaan untuk menamatkan babak kedua dengan 63 mata.

"Ketika di suku ketiga, ayah memberitahu saya untuk terus membuat jaringan," kata LaMelo ketika ditemu bual radio KLAC-AM pada Rabu. 

"Jika saya tahu lebih awal bahawa saya akan menjaringkan mata begitu banyak, saya akan lakukannya lebih awal."

Dalam sejarah NBA,  Wilt Chamberlain memegang rekod penjaring terbanyak dalam satu perlawanan apabila dia mengutip 100 mata pada tahun 1962.

Legenda Los Angeles, Kobe Bryant -- yang bersara musim lalu -- kedua dengan 81 mata.

Kredit foto: SLAMonline

Advertisement

Must Watch Video