Atlet berbasikal, Ju Pha Som Net, menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara dalam acara lepas beramai-ramai wanita di Dataran Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.
Atlet berusia 24 tahun itu -- yang juga pemenang pingat gangsa acara scratch dalam Kejohanan Berbasikal Asia 2016 -- menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3j 14:16 berkongsi catatan sama di belakang pemenang pingat emas, Nguyen Thi That dengan pemenang terpaksa ditentukan menerusi 'foto finish'.
Pingat gangsa menjadi milik wakil Indonesia, Delia Priatna Ayustina.
Seorang lagi wakil negara, Nurul Shuhada Zainal, turut berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan kelompok depan apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh.
Meskipun terpaksa akur dengan pingat perak, Ju Pha mahu menebus kehampaan apabila beraksi dalam acara omnium, Ahad ini.
"Saya sebenarnya kekurangan masa untuk membuat persiapan acara lebuhraya. Saya baru menamatkan latihan pegawai polis bulan Mei lalu.
"27 hari bulan saya akan kembali beraksi dalam acara omnium. Saya akan pastikan dapat mengakhiri saingan dengan pingat emas," kata Ju Pha.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.