Juara dunia keirin, Azizulhasni Awang, mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan acara pecut individu lelaki dengan catatan masa 10.121 saat, sekaligus menempah tiket ke separuh akhir dalam aksi di Velodrome Nasional, sebentar tadi.
Dia menepati ramalan apabila mengatasi cabaran wakil dari Brunei, Md Nurjamri Johari, sambil diiringi oleh rakan senegara, Shah Firdaus Sahrom, yang turut melangkah ke separuh akhir selepas menumbangkan Lance Tan dari Singapura.
Firdaus mencatat masa kedua terpantas di belakang Azizulhasni, selepas merakamkan masa 10.191s.
"Alhamdulilah tadi di pusingan kelayakan saya layak dengan catatan terpantas dengan rakan sepasukan Shah Firdaus di tempat kedua tetapi saya paling teruja kerana bakal berlumba dengannya di final.
"Catatan kami berdua juga tidak jauh, ia umpama saingan mentor lawan protege. Ia satu perkembangan yang sihat untuk sukan negara.
"Saya berharap pingat yang ke-111 menjadi milik saya," ujarnya.
Sementara itu, ratu trek negara, Fatehah Mustapa, menyuarakan hasrat untuk menjadi penyumbang pingat emas ke-111 negara selepas mencatat masa terpantas sesi kelayakan acara pecut individu wanita.
"Alhamdulilah, saya dapat melakar masa yang sedikit kurang daripada sasaran saya, iaitu 11.1saat, tetapi 11.2s membuatkan John Beasley (jurulatih) tetap berpuas hati.
"Saya harap malam ini saya dapat mengekalkan emas yang saya menang dahulu pada 2011. Insya-Allah saya akan hadirkan pingat emas ke-111 malam ini, saya mengharapkan doa rakyat Malaysia dan kita lihat siapa antara saya dan Azizulhasni Awang yang akan hadirkan pingat ke-111," kata Fatehah.
Gambar kredit: Twitter @StadiumMY
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.