Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berasakan jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, sebagai individu paling berpengaruh dalam membantu juara dunia, Azizulhasni Awang, untuk memburu emas pertamanya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun masih belum ada tawaran lanjutan kontrak.
PKBM mahu mengekalkan pengendali dari Australia itu dalam kem negara untuk tempoh yang panjang berdasarkan rekod cemerlang Beasley sepanjang 11 tahun mengendalikan skuad berbasikal trek negara.
Bagaimanpun, kontrak Beasley terikat dengan Program Podium di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Justeru, PKBM mengharapkan pihak MSN akan segera membuat keputusan supaya persiapan skuad berbasikal trek ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak terjejas.
"Setakat ini, kita tidak dapat tahu lagi perkembangan mengenai kontrak Beasley. Kontraknya adalah bersama Program Podium, bukannya dengan PKBM lagi.
"Pencapaian berbasikal dalam Sukan SEA memang memberangsangkan. Jadi, kita tidak nampak kenapa kita perlu tukar jurulatih," kata Presiden PKBM, Abu Samah Wahab.
Abu Samah juga berpendapat tiada keperluan untuk menukar jurulatih memandangkan kesemua jurulatih dan atlet di bawah Beasley sudah pun serasi dengan program yang dijalankan, malah Azizulhasni sendiri mahu Beasley melatihnya untuk meraih emas pertama di Olimpik Tokyo 2020.
Dalam masa sama, beliau mengharapkan agar jurulatih-jurulatih yang berada di bawah seliaan Beasley mengambil sebanyak mungkin ilmu daripada pengendali dari Australia itu.
"Anak-anak muridnya mesti bertambah. Kalau boleh carilah satu atau dua orang (jurulatih) lagi supaya kalau Beasley sudah tiada nanti, jurulatih-jurulatih ini dapat memerhatikan atlet kita," tambahnya.