Presiden Persatuan Hoki Terengganu (PHT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, melaungkan keyakinan Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) yang bakal memberi saingan buat julung kali dalam saingan liga, mampu menyapu bersih dua kejuaraan musim ini.
“PHT telah membuat keputusan untuk menghantar pasukan wanita untuk mewakili negeri ini dalam Kejohanan TNB Liga Hoki Wanita Malaysia 2017 dan akan berentap dengan lima pasukan lain.
“Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) adalah antara pasukan yang dilihat sebagai pencabar utama TLHT.
“Namun, dengan barisan pemain yang dipertaruhkan, saya yakin dan percaya kami mampu menguasai saingan liga serta merangkul kejuaraan Piala Vivian May Sours,” ujarnya.

Harapan sudah tentu terletak di bahu 11 pemain skuad Malaysian Tigress yang masih segar dengan kejayaan bergelar naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia, minggu lalu, yang akan menyarung jersi TLHT musim ini.
“Seramai 22 pemain telah menandatangani kontrak sehingga Mac dan meskipun kami tidak dibarisi kelibat pemain import, TLHT tetap satu pasukan yang berkualiti.
“Antara pemain kebangsaan yang akan dipertaruhkan ialah ketua pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani, pakar pukulan sudut penalti, Nuraini Abdul Rashid, Fazilla Sylvester, penyerang berbisa, Hanis Nadiah Onn, dan ramai lagi.
“Mereka tertarik untuk menyertai pasukan ini selepas melihat kejayaan demi kejayaan yang dilakar Pasukan Hoki Terengganu (THT) serta pengurusan yang bagus, jadi kami mengharapkan TLHT akan mengiringi kejayaan pasukan lelaki,” tambahnya lagi.
Skuad bimbingan Mohd Asri Abd Aziz itu akan memulakan aksi pertama menentang Kelab Hoki Kulim di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, petang esok.