Pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah bersedia untuk meneruskan kesinambungan kejayaan yang dilakar dalam temasya KL2017 untuk membawa semangat itu ke Sukan Para ASEAN bermula 17 September ini.
Tidak dinafikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berlangsung dengan jayanya dan operasi menaik taraf Bandaraya Sukan KL berjaya mencuri perhatian bukan sahaja pihak tempatan, malah delegasi dari luar negara.
Justeru, adalah amat penting bagi Bandaraya Sukan KL untuk meneruskan kejayaan dalam penyediaan prasarana bertaraf dunia bagi barisan atlet Paralimpik rantau Asia Tenggara yang akan beradu kekuatan nanti.
"Bilik-bilik yang dikhaskan untuk mereka, PSM akan sediakan itu semua.
"Itu semua tidak menjadi masalah kerana kami sudah pun mempunyai kemudahan-kemudahan bagi golongan orang kelainan upaya (OKU).
"Cuma, ia perlu ditambah lagi agar Sukan Para ASEAN ini berjalan dengan lebih lancar," kata Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Azman Fahmi Osman.
Antara aspek yang turut ditekankan oleh PSM adalah isu penyelenggaraan venue di Bandaraya Sukan KL.
Pelbagai langkah dan hala tuju telah dirangka bagi memastikan venue-venue di Bandaraya Sukan KL tidak akan terabai dan menerima nasib seperti mana yang berlaku ketika pasca Olimpik Beijing mahupun Rio de Janeiro apabila banyak venue-venue sukan telah pun rosak dan berada dalam keadaan uzur.
"Jika kemudahan-kemudahan ini tidak digunakan, ia akan memberi impak dan akan merosakkan kemudahan yang ada.
"Apabila kita sentiasa mengadakan aktiviti dan sentiasa diselenggara, kita akan sentiasa berbangga dengan Bandaraya Sukan KL," kata Azman lagi.