Beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai, melangkah ke final selepas mempamerkan kebangkitan ke atas gandingan Thailand, Isara Bodin dan Savitree Amitrapai, di Arena Axiata, hari ini.
Gandingan negara dipaksa bertarung sehingga aksi rubber set untuk menentukan kemenangan sesudah Isara-Amitrapai memenangi set pertama 21-18.
Memasuki set kedua, Soon Huat-Shevon meninggalkan pasangan Thailand itu 16-13 sebelum mudah dipintas 16-18.
Isara-Amitrapai tampak semakin selesa apabila berjaya membawa perlawanan ke kedudukan 20-18.
Menyedari gandingan Thailand itu hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kemaraan ke final, Soon Huat-Shevon memberikan tentangan dan berjaya mengikat perlawanan 20-20 sebelum merampas set kedua dengan kemenangan 26-24.
Saingan sengit berterusan sehingga ke set ketiga dengan Soon Huat -- bekas pemain perseorangan negara sebelum bertukar ke beregu, Oktober tahun lalu -- terpaksa bermain dalam kecederaan.
Begitupun, dia seakan-akan tidak terkesan dengan senario tersebut, sekaligus memastikan kemaraan ke final dengan kemenangan 21-18.
Pertembungan dalam final bakal mempertemukan dua wakil negara seandainya Chang Peng Soon dan Cheah Yee See berjaya mengetepikan cabaran pilihan utama kejohanan, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattnachai, dari Thailand.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.