Selepas perancangan berlatih di Vietnam ditunda, atlet angkat berat negara, Azroy Hazal Wafie Ahmad Izhar, menggunakan kesempatan ini untuk kembali pulih daripada kecederaan belakang yang dialaminya sejak tahun lalu.
Kesakitan bahagian belakang kian terasa sejak tahun lalu apabila Azroy terlibat dengan banyak kejohanan, termasuk ketika menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur dan Kejohanan Angkat Berat Negara-Negara Komanwel.
Ketika ini, dia tidak terlepas melakukan pemeriksaan susulan kerana enggan persiapan terjejas menjelang Sukan Komanwel Gold Coast, April depan memandangkan program latihan di Vietnam juga sudah dilihat samar.
"Saya mengalami kecederaan belakang dan kini menjalani proses pemulihan bersama Institut Sukan Negara," kata Azroy.
Muhamad Aznil Bidin, yang turut sama berada dalam Program Podium, bersikap terbuka apabila mereka tidak akan menghadapi sebarang kejohanan sebelum Sukan Komanwel bermula.
Hanya lapan atlet yang layak beraksi di Gold Coast akan terlibat dengan Pra-Sukan Asia bulan depan sebagai persiapan menghadapi dua kejohanan utama bagi tahun zini.
"Tempat latihan bukan satu halangan buat kami sebagai persiapan. Kami perlu memastikan tumpuan serta semangat yang tinggi bagi memastikan mampu mempamerkan persembahan terbaik di Gold Coast nanti," kata Aznil.