Skip to main content

Permotoran

Azlan Shah tekad raih sentuhan emas

azlan.jpg
Bekas jaguh permotoran Asia, Azlan Shah Kamaruzaman, berhasrat menakluki Eropah pula selepas diberikan peluang beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Eropah (CEV) bersama pasukan baru, TKKR Racing.

Azlan merupakan pelumba baru TKKR Racing musim ini dan diberikan peluang beraksi dalam saingan CEV musim 2019.

Ia bagai mengimbau kembali kenangannya beraksi di litar Eropah di mana kali terakhir dia beraksi dalam Kejohanan Motosikal Dunia (Moto2) pada 2015 bersama JP Moto Malaysia.

TKKR turut membariskan pelumba berpengalaman, Ramdan Rosli, yang pernah beraksi dalam CEV Eropah pada 2016.

"Boleh juga kerana saya bermula pada 2013 sehingga 2015, jadi agak lama saya berhenti untuk Moto2. Saya cuba buat yang terbaik dan dapatkan sentuhan semula," kata Azlan Shah.

"Bagi saya, ia adalah peluang kedua untuk membuktikan kemampuan dalam CEV kerana apa yang saya lihat, saingan ini memiliki pelumba yang bagus tahun ini," ujar Ramdan pula.

Mereka berlepas ke Almeria, Sepanyol hari ini untuk menjalani ujian persendirian selama seminggu bersama pelumba pasukan SAG, Remy Gardner dan Tetsuta Nagashima.
 

Advertisement

Must Watch Video