Skip to main content

Sukan Lain

Azizulhasni tidak kecewa rankingnya jatuh ketangga ketujuh

17217azizulhasni.jpg
Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang, tidak panik apabila gagal mempertahankan ranking pertama dunia acara keirin selepas 12 bulan menghuni tangga teratas dalam senarai Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Keputusan tidak menyertai siri Piala Dunia jelas menjejaskan ranking Azizul, yang kini berada di tangga ketujuh dunia.

Ranking pelumba kelahiran Terengganu itu turun selepas tamat siri Piala Dunia di Glasgow, Scotland dan Apeldoorn, Belanda, selain sekadar meraih tangga kesembilan dalam acara itu dalam Kejohanan Basikal Trek Asia di India.

"Kita kena lihat objektif untuk satu-satu musim. Seperti musim ini, sasaran hanya Kejohanan Dunia," katanya. "Kita (saya) sudah berada di tangga nombor satu sebelum ini dan kita sudah dapat kelebihan daripadanya."

Persiapan rapi tahun lalu menyaksikan Azizulhasni menghuni ranking pertama dunia hingga meraih pingat gangsa Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik Rio 2016.

Bagaimanapun, situasi ini tidak menjejaskan peluang Azizulhasni untuk menyertai Kejohanan Dunia di Hong Kong, April depan.

Ranking pertama dunia keirin kini milik pelumba Republik Chech, Tomas Bebek, sementara seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom, berada di ranking ke-23.

Advertisement

Must Watch Video