Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang, mahu Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) lebih serius mencari pelumba berbakat di seluruh negara selepas Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih pingat gangsa acara keirin dalam Siri Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Kejayaan Shah Firdaus membuktikan dia bakal pengganti terbaik Azizulhasni .
Pencapaian meraih pingat itu merupakan yang pertama buatnya dalam Siri Piala Dunia, sekaligus membuktikan Malaysia mampu menyandarkan harapan di bahu pelumba lain.
Justeru, Azizulhasni yang berpangkalan di Melbourne, Australia, yakin ada lebih ramai bakat muda di Malaysia, cuma PKBM perlu berusaha lebih serius untuk mencari mereka.
"Kejayaan ini merupakan satu penanda aras untuk sukan berbasikal Malaysia kerana kita sebenarnya mempunyai pelumba-pelumba berbakat.
"Apa yang harus kita lakukan adalah kita perlu mencungkil, mencari dan memberi mereka peluang.
"Insya-Allah jika mereka mendapat semua (faktor-faktor) ini, kita akan dapat melahirkan bakal-bakal juara dunia dan juara Sukan Olimpik," katanya.
Shah Firdaus dijadual tiba ke tanah air, esok.
Dia dan Azizulhasni akan menggalas cabaran negara dalam Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong, April depan dalam acara keirin serta pecut.