Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang, berhasrat untuk berentap dengan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara final pecut Kejohanan Basikal Trek Asia (ACC) di India, apabila kedua-duanya berjaya melepasi halangan ke suku akhir.
Azizul kembali mencapai prestasi terbaik apabila mencatatkan masa terpantas dalam peringkat kelayakan dengan catatan 10.105 saat.
Ia membuktikan pemenang pingat gangsa keirin Sukan Olimpik Rio 2016 itu sudah melupakan kegagalan dalam acara kegemarannya apabila sekadar meraih tangga kesembilan.
Apa yang menarik, Shah turut mempamerkan kayuhan bertenaga untuk layak ke suku akhir selepas mencatat masa keenam terpantas kelayakan.
"Saya layak sebagai pelumba terpantas dalam acara pecut. Ia sememangnya berada dalam perancangan awal kami supaya saya dapat layak ke pusingan seterusnya dengan mudah.
"Semuanya berjalan dengan lancar dalam pusingan pertama.
"Shah Firdaus juga mara, jadi saya harap kami berdua dapat layak ke peringkat tertinggi agar kami dapat berentap di pusingan akhir," kata atlet kelahiran Terengganu itu.
Setakat ini, Shah Firdaus sudah meraih gangsa dalam keirin.