Pemain tenis dari Belarus, Victoria Azarenka, percaya dia kini berada pada prestasi terbaik apabila kembali ke saingan Kejohanan Wimbledon, minggu ini.
Azarenka, yang pernah memenangi dua kejuaraan sebelum ini, hanya beraksi dalam satu kejohanan sejak 13 bulan lalu selepas melahirkan anak pertamanya.
Kejohanan Wimbledon atau lebih dikenali dengan nama SW19 bakal menyaksikan pertemuan di antara Azarenka dan pemain muda dari Amerika Syarikat, CiCi Bellis, dalam pusingan pertama.
Melihat kejayaan Serena Williams menggondol kejuaraan Terbuka Australia pada tahun ini selepas melahirkan anak, Azarenka yakin mampu tampil dengan aksi bertenaga dalam kejohanan kali ini.
“Kini saya dapat berasakan lebih bertenaga, terutama daripada segi fizikal,” kata Azarenka.
“Saya benar-benar yakin kini berada pada prestasi terbaik di dalam karier,” tambahnya.
Selain Azarenka, pemain lain yang turut kembali adalah pemenang dua kali Kejohanan Wimbledon, Petra Kvitova, selepas sebelum ini berhadapan dengan masalah kecederaan.