SUKAN LAIN
Atlet petanque perlu mula pasang impian
Ketua jurulatih skuad petanque negara, Zani Lisa Mohamed, mahu atlet sukan itu mula memasang impian lebih besar untuk mencipta kejayaan dalam Sukan Olimpik dan bukan
lagi sekadar berpuas hati dalam saingan Sukan SEA.
Petanque selepas ini dijangka dipertandingkan dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Olimpik Paris 2024.
Situasi itu meletakkan keutamaan petanque kini bukan lagi sekadar saingan di rantau Asia Tenggara.
Iklan
Menurut Zani, atlet negara mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk memastikan mereka mampu menjadikan petanque penyumbang pingat negara dalam dua temasya sukan terbesar itu.
"Sukan SEA bukan lagi matlamat utama skuad petanque. Kami tidak lagi mengejar pingat emas tetapi mempertahankannya," katanya.
Sementara itu, Zani teruja untuk terus mengendalikan skuad kebangsaan dan mengakui skuad petanque wanita perlu dirombak.
Beliau melihat terdapat kemungkinan saingan Sukma Malaysia (Sukma) 2018 sebagai medan memilih pelapis terbaru untuk menggantikan beberapa pemain kebangsaan yang dilihat tiada kemajuan.
"Kami terpaksa melakukan perubahan bagi skuad wanita negara bagi meningkatkan mutu permainan mereka."
Must-Watch Video