Skip to main content

Sukan Lain

Assak Cricket Challenge 2023: Assak Hawwin berjaya atasi SMSJDT

kriket.jpg
Pasukan kriket Assak Hawwin berjaya menewaskan SMSJDT pada Kejohanan Assak Cricket Challenge 2023 dengan 48 larian berbanding SMSJDT hanya 44 larian  dalam 9 overs.

Assak mendominasi keseluruhan perlawanan dan berjaya memperoleh kemenangan dengan kelebihan 10 wickets.

Pengendali pasukan kriket Assak Hawwin, Ahmad Salman Othman, menyifatkan kemenangan tersebut sudahpun dijangka berbekalkan persiapan rapi tiga bulan lepas serta lapan siri perlawanan persahabatan yang dijalani menjelang kejohanan kali ini. 

Sementara itu, kapten pasukan, Muhammad Amirul Asyraf Abdul Rani, menyifatkan kemenangan ke atas lawan diperoleh hasil balingan dan pukulan yang konsisten sepanjang perlawanan berlangsung. 

Untuk rekod, Assak Hawwin pernah merangkul kejuaraan dalam edisi pertama dan kedua kejohanan tersebut. 

Edisi lalu menyaksikan kejuaraan menjadi milik pasukan Alumni Sekolah Sains Kota Tinggi (Sakti Stunners) yang dianjurkan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video