Skip to main content

Permotoran

ARRC: Zaqhwan, Azlan Shah bergelut di Suzuka

zaqhwan-zaidi.jpg
Wakil negara dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC),  Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman, terpaksa akur sekadar menduduki tempat ke-6 dan ke-10 dalam  perlumbaan kedua saingan 600cc dengan pelumba Australia, Anthony West muncul pemenang perlumbaan. 

Pusingan ketiga musim ini di Suzuka, Jepun, menyaksikan jaguh negara, Azlan Shah Kamaruzaman bergelut di bahagian selekoh sementara masih dibelenggu kejuaraan.

Saingan sengit membabitkan dua pelumba -- West dan Yuki Ito -- dapat disaksikan sejak awal perlumbaan sebelum menjadi milik West dengan catatan 28 minit 59.481 saat.

Seorang lagi pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, yang berada di kelompok empat pelumba terbaik di perlumbaan pertama, semalam,  menghampakan apabila tidak mampu mengulangi prestasi baiknya lalu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6. 

Bagaimanapun, Azlan Shah, yang memburu kejuaraan masih lagi di kedudukan teratas kesuluruhan selepas tiga pusingan, diikuti Ito dan Zaqhwan.

Advertisement

Must Watch Video