Pelumba negara, Mohd Hafizh Syahrin Abdullah, dan pemandu negara, Afiq Ikhwan Yazid, mencuri tumpuan dalam Anugerah Sukan Permotoran SIC-MAM 2017 selepas berjaya mengungguli anugerah utama bagi meraih gelaran pelumba terbaik, semalam.
Jaguh Moto2 negara itu paling mencuri perhatian apabila mendapat tiga pengiktirafan di majlis anugerah berprrestij itu yang diadakan buat kali kedua.
Hafizh, yang berjaya mengharumkan nama negara dengan dua pencapaian podium dalam perlumbaan Grand Prix tahun lalu, dinobatkan Pelumba Antarabangsa Terbaik 2017 dan Anugerah
Pilihan Peminat Permotoran Malaysia.
Menariknya, Hafizh yang diwakili ibu bapanya kerana sedang berlatih di Sepanyol, turut mendapat penghargaan untuk diabadikan dalam Dewan Kemasyuran SIC bersama Hanifah
Yoong dan Oh Kah Beng.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada kerjaya Hafizh. Terima kasih juga kepada pihak SIC yang memberikan sokongan," kata bapa
Hafizh, Abdullah Harun.
Sementara itu, Afiq dinobatkan Pemandu Antarabangsa Terbaik selepas menampilkan pencapaian cemerlang dalam perlumbaan Lamborghini Super Trofeo tiga kali berturut-turut.
"Terima kasih kepada yang mengundi di atas pencapaian saya, ini merupakan satu penghargaan yang amat bermakna," kata Afiq.
Majlis berkenaan turut menyaksikan penghargaan kepada pengamal media, dengan wartawan Astro Arena, Adam Abdul Karim Zamri, dan jurukamera, Mohd Irsyahdi Tumian, memenangi anugerah laporan elektronik terbaik yang disenaraikan buat kali pertama tahun ini.