Skip to main content

Sukan SEA

Angkat Berat: Rekod kebangsaan diperbaharui tanpa pingat

aznil-bidin-angkat-berat-lelaki-290817.jpg
Walaupun berjaya mencatat rekod baru kebangsaan, Aznil Bidin gagal meraih pingat temasya KL2017 daripada acara angkat berat kategori 62 kilogram di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). 

Atlet angkat berat dari Kedah itu berjaya mencatat rekod baru bagi clean & jerk dengan angkatan 159kg. 

Namun, dia sekadar mendapat tempat keempat walaupun catatan itu 2kg lebih baik berbanding rekod lama kebangsaan. 

Dengan kejayaan itu, Aznil turut mencatat rekod baru bagi kategori itu dengan jumlah angkatan 279kg, peningkatan 2kg berbanding rekod sebelum ini. 

Dalam acara itu, atlet Vietnam, Trinh Van Vinh, muncul juara dengan rekod baru Sukan SEA, 307kg secara keseluruhan. 

Tempat kedua dimenengi atlet Indonesia, Eko Yuli Irawan, dengan 306kg manakala Myint Kyi dari Myanmar melengkapkan podium dengan 284kg. 

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.


 

Advertisement

Must Watch Video