Erry Hidayat mengesahkan slot automatik ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas meraih perak kategori 73 kilogram Kejohanan Angkat Berat Kelayakan Sukan Komanwel 2022 di Tashkent, Uzbekistan awal pagi tadi.
Erry melakukan angkatan 136kg dalam acara snatch dan 165kg bagi clean and jerk untuk merekodkan angkatan keseluruhan seberat 301kg.
Pingat emas menjadi milik atlet India Achinta Sheuli manakala Mudiyanselage Indika Chathur Dissanayake dari Sri Lanka muncul pemenang pingat gangsa.
Kejohanan kelayakan itu berjalan serentak dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia, di mana atlet kelahiran Kuala Lumpur itu menamatkan saingan keseluruhan di tempat ke-12.
Erry dalam satu temu bual Nadi Weekend hari ini berkata: "Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), keluarga dan rakan-rakan saya atas sokongan dan mendoakan saya untuk mendapat pingat perak dalam Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel Birmingham 2022.
"Insya-Allah saya akan mencuba yang terbaik dalam temasya di Birmingham itu."

Erry Hidayat berjaya raih pingat perak ? bagi kategori 73kg di Kejohanan Angkat Berat Dunia ?️♂️
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 11, 2021
Congrats Erry berjaya dapatkan slot ke Birmingham ???? pic.twitter.com/unTME6f6dR