Skip to main content

Bola Keranjang

Amukan Nets tumbangkan Thunder

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hardenirving.jpg
The Brooklyn Nets pamer aksi cemerlang ketika menang 147-125 ke atas Oklahoma City Thunder dalam saingan NBA.

Beraksi tanpa Kevin Durant (kecederaan achilles), Nets melanjutkan kemenangan keempat berturut-turut sebentar tadi selepas sembilan pemain meraih mata lebih daripada dua angka.

Ia merupakan kali kedua dalam sejarah Nets memiliki sembilan pemain (ketika berdepan Cleveland Cavaliers pada 1984) selepas James Harden memimpin pasukan dengan 25 mata, 11 assist dan 10 rebound.

Harden mejnadi pemain kedua Net dalam tempoh 25 tahun yang meraih tiga kali triple-double dalam semusim, sementara Irving meraih 25 mata, tujuh assist dan lima rebound.
 

Ia merupaka kali kedua musim ini Nets menjaringkan 145-lebih mata tanpa masa tambahan. Tiada pasukan NBA berjaya meraih pencapaian itu musim ini.

Advertisement

Must Watch Video