Skip to main content

Sukan Lain

Amir tidak gentar hadapi pemain ternama

amir-nazrin-jailani-golf.jpg
Pemain golf profesional negara, Amir Nazrin Jailani, mempersiapkan kekuatan mental bagi menghadapi penyertaan sulungnya dalam Terbuka Malaysia 2018 di Kelab Golf Saujana, Subang.

Tiga belas bulan selepas bergelar pemain profesional, Amir kini mengecapi impiannya untuk beraksi dalam saingan yang merupakan sebahagian daripada Siri Jelajah Eropah itu. 

Dia berjaya menempatkan diri berikutan menduduki kelompok 10 pemain tempatan terbaik sepanjang tahun lalu. 

Selain Amir, cabaran Malaysia dalam kejohanan yang bermula esok disandarkan kepada Gavin Green, Nicholas Fung, Danny Chia dan Ben Leong. 

Kehadiran beberapa pemain utama seperti Henrik Stenson yang menghuni ranking kesembilan dunia tidak menerbitkan rasa gentar pemain berusia 20 tahun itu. 

"Cabaran saya pada minggu ini adalah kekuatan mental. 

"Saya tidak mengambil pusing siapa yang akan dihadapi.

"Saya perlu menggandakan usaha dan cuba melepasi garisan kelayakan Asia pada tahun hadapan," katanya.

Antara pemain luar yang menjadi tumpuan sudah pasti Li Haotong dari China yang mencipta kejutan menawan Kejohanan Klasik Dubai, minggu lalu dengan mengatasi juara empat kali kejohanan utama, Rory McIlroy. 

"Lapangan ini menjurus anda melakukan birdie. Kunci utama di sini adalah membuat pukulan tee yang baik sambil cuba merekodkan catatan rendah," kata Haotong. 

Advertisement

Must Watch Video